Tips Percutian di Cameron Highlands 2015

Musim cuti sekolah bakal tiba pada 19 sehingga 27 September dan di ikuti pula pada 21 hingga 30 November, dan seterusnya pada bulan Disember sebulan persekolahan bercuti, pasti ramai diantara kita sudah mula untuk merancang destinasi pilihan yang terbaik untuk bersantai bersama ahli keluarga tersayang.

Saya ingin berkongsi bersama anda yang berhajat memilih destinasi percutian tahun ini khususnya di Cameron Highlands.
http://chterkini.blogspot.com/2015/09/tips-percutian-di-cameron-highlands-2015.html
Welcome Cameron Highlands

http://chterkini.blogspot.com/2015/09/tips-percutian-di-cameron-highlands-2015.html
Teh Sungai Palas

Seperti biasa setiap tahun di tanah tinggi cameron highlands sentiasa sibuk dipenuhi oleh pelbagai pelancongan sama ada dalam negara kita mahupun luar negara.


Perkara utama untuk bercuti di waktu yang sebegini adalah perancangan anda sebelum ke destinasi pilihan.

Rancanglah waktu perjalanan anda sebaik yang boleh, menurut pengalaman saya sendiri dari tapah perak ke tanah rata cameron highlands selama 2 jam dalam perjalanan, Itupun jika tidak terperangkap di dalam kesesakan yang boleh menghilangkan semangat percutian kita bersama keluarga yang tersayang.

Baiklah disini saya sediakan beberapa Tips sebelum anda ke cameron highlands.

1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik dari segi minyak, air, berek dan pelbagai lagi.

2. Keluar lebih awal ke destinasi yang dirancang, untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas yang agak sesak pada cuti sekolah.

3. Sediakan beberapa beg plastik untuk kegunaan anak dan isteri, kerana kebiasaannya, mereka yang pertama kali berkunjung ke cameron highlands akan merasa pening kepala dan akan muntah oleh kerana persekitaran jalan raya yang bengkang bengkok.

4. Kepada yang ingin berkunjung ke cameron highlands di sarankan supaya booking terlebih dulu bilik penginapan, kerana kebiasaannya akan penuh pada hari cuti sekolah, perancangan ini amat penting untuk anda, jika tidak, kemungkinan anda akan tidor dalam kereta, huhuhu.. jangan buat tau kesian anak-anak dan isteri kita.

5. Kepada anda yang baru melawat cameron highlands eloklah anda memiliki satu peta cameron highlands yang dilengkapi senarai destinasi destinasi menarik, bukan disebabkan takut sesat. Agar masa anda tak terbazir begitu sahaja.


Peta Cameron highlands
http://chterkini.blogspot.com/2015/09/tips-percutian-di-cameron-highlands-2015.html

Baiklah sekian sahaja perkongsian tips destinasi percutian dari saya, perjalanan yang baik dan selamat adalah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tiada yang lebih mengembirakan selain orang yang kita sayangi. Berhati hati di jalan raya. Semoga anda keluarga selamat sampai dan selamat kembali.

0 Response to "Tips Percutian di Cameron Highlands 2015"

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen sesuai artikel diatas dengan cara yang tidak menyinggung perasaan pihak lain. Terima Kasih