Sudah 3 hari tidak hujan, nampaknya cuaca di sekitar cameron highlands panas dan bejerebu, walaupun bacaan IPU bagi kawasan cameron highlands tidak begitu tinggi. Namun kesihatan kita perlu dijaga dengan sebaik baiknya.
Jerebu sememangnya tidak dapat di selesaikan, sekiranya seluruh rakyat dunia tidak bersatu untuk menyelesaikan masalah yang datangnya setiap tahun ini.
Oleh kerana itu cara yang sebaiknya adalah mengelak daripada menghidu udara yang bejerebu, dibawah ini saya sediakan beberapa tips untuk di amalkan ketika cuaca bejerebu bukan sahaja rakyat cameron highlands tetapi kepada semua rakyat malaysia yang kini dilanda jerebu.
1. Gunakan penutup mulut dan hidung, semasa keluar dari rumah.
2. Kurangkan aktiviti aktiviti diluar rumah, jika perlu keluar gunakan penutup mulut dan hidung.
3. Sentiasa menutup tingkap rumah dan kereta anda, semasa diluar mahupun didalam rumah.
4. Kerap cuci muka dan minum air suam, sekurang kurangnya 18 gelas sehari. Kerana penawar jerebu adalah air.
5. Tangguhkan lawatan ke kawasan kawasan yang bejerebu, untuk mengelak daripada penyakit yang tidak diingini.
Tanda tanda penyakit yang boleh didapati oleh bencana jerebu ini adalah seperti berikut.
1. Selsema
2. Sesak nafas
3. Batuk yang berdarah
4. Sakit tekak dan mutah
5. Sakit kepala dan badan
6. Demam dan sebagainya
Sekiranya ada diantara anda mendapati tanda tanda penyakit yang disenaraikan di atas sila merujuk kepada hospital dan klinik kesihatan yang berdekatan dengan anda. Sekian sahaja perkongsian berkenaan jerebu yang terkini.
0 Response to "Jerebu Kini Melanda CH"
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen sesuai artikel diatas dengan cara yang tidak menyinggung perasaan pihak lain. Terima Kasih