Sambutan Hari kemerdekaan yang ke-58 peringkat daerah Cameron Highlands di padang MDCH pada pagi 31 Ogos 2015 lebih kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati.
Pemilihan tema Sehati Sejiwa seperti gambar diatas telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum menjelangnya hari yang bersejarah ini buat seluruh rakyat Malaysia, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun sebaliknya mengikut tahun.
Hal ini kerana untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah & Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September manakala 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja
Mungkin ada diantara kita tertanya tanya apakah maksud disebalik logo sehati sejiwa ini.
Perpaduan dan Persefahaman
Bentuk HATI merupakan lambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni. BULAN pula adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
PETA Malaysia menggambarkan keakraban semua negeri di bawah payung negara.
GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan warna BIRU, MERAH PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur
Gemilang kebanggaan Malaysia.
Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung.
"Hiris lada terhiris mentimun, Sambal merah sedikit kari.
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun, Tinggal sejarah di bumi Malaysia"
Merdeka Merdeka Merdeka!
0 Response to "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen sesuai artikel diatas dengan cara yang tidak menyinggung perasaan pihak lain. Terima Kasih