Bersantai Di Latar Iskandar

Lata Iskandar merupakan kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan cuaca yang sejuk dan kehijauan daun diatas pokok pokok sekeliling kawasan itu.

lihat gambar dibawah cantik bukan.
http://chterkini.blogspot.com/2015/09/bersantai-di-latar-iskandar.html



Terletak di tepi jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands.
http://chterkini.blogspot.com/2015/09/bersantai-di-latar-iskandar.html

Perjalanan dari tapah perak ke latar iskandar selama 31 minit bersamaan 23 kilometer.

Selain dari pemandangan yang memukau hati, anda juga boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda dan merasai air yang datangnya dari kawasan pergunungan sudah pasti air yang sejuk.

http://chterkini.blogspot.com/2015/09/bersantai-di-latar-iskandar.html


Bagi yang minati alam sekitar pula anda boleh mengambil sedikit masa untuk merasai detik detik keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.

http://chterkini.blogspot.com/2015/09/bersantai-di-latar-iskandar.html

Selain bersantai bersama keluarga anda juga boleh mencuci mata dengan barangan barang kraftangan unik dari hasil buatan tangan orang orang asli, sudah pasti ia bukannya mudah untuk dihasilkan.

Selain itu terdapat gerai gerai yang menjual makanan ringan untuk memudahkan pengunjung dan memberi keselesaan kepada anda yang berhasrat untuk  singgah pada percutian persekolahan tahun ini, kalau anda melalui jalan tapah untuk ke cameron highlands wajib singgah tau.

Sekian sahaja perkongsian tempat tempat menarik dari saya. Jangan lupa membaca tips penting sebelum anda dan keluarga ke cameron highlands.

0 Response to "Bersantai Di Latar Iskandar"

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen sesuai artikel diatas dengan cara yang tidak menyinggung perasaan pihak lain. Terima Kasih