Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun terperangkap hampir setengah jam dalam kereta datuknya yang di parkir di depan Klinik Mohd Ramly, Simpang Tok Ku, di kuala terengganu pada 10 september itu.
Kejadian pada jam 5 petang itu berlaku disebabkan kunci kereta tersebut tertinggal dalam kereta yang terkunci dari dalam dan ia menyebabkan orang ramai mengerumuni kenderaan itu untuk menyelamatkan kanak - kanak malang tersebut.
Biarpun kes seperti begini banyak belaku dan sudah disiarkan dalam perbagai cara ia masih lagi berlaku.
Apakah rakyat malaysia tidak mendapat maklumat daripada mana mana sumber berkenaan kes kes sebegini, dan apakah cara yang terbaik untuk mengelak perkara ini berulang kembali.
"Minum air dalam gelas, Sambil duduk di atas rakit. Tiada beban batu digalas, Itu namanya cari penyakit"
Semoga kisah yang terjadi ini mampu menjadi teladan untuk kita semua.
0 Response to "Seorang Kanak Kanak Terperangkap"
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen sesuai artikel diatas dengan cara yang tidak menyinggung perasaan pihak lain. Terima Kasih